Photobucket

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang...

RINDUKAH AKU PADA RASULULLAH S.A.W ? (SEMPENA MAULIDUR RASUL)

Posted by GEMA Wednesday, February 24, 2010


Umur yang semakin meningkat bermakna jarak kita dengan zaman Rasulullah s.a.w juga semakin jauh. Tetapi ini tidak bermakna kita akan jauh dari sunnah Rasulullah s.a.w. Sebagai umat Islam berkewajipan bagi kita untuk mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w


Betapa kasihNya Allah s.w.t terhadap umatNya bukan sekadar memberikan sekadar naskhah AlQuran sebagai petunjuk tetapi mengutuskan utusanNya untuk lebih memahami Alquran dengan betul. Segala perbuatan , perkataan dan pengamalan Rasulullah s.a.w menjadi qudwah : firman Allah s.w.t dalam suram Al-Ahzab ayat 21 :


لقد كان رسول الله أسوة حسنة لمن يرجوا الله واليوم الأخر وذكر الله كثيرا

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w itu teladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah s.w.t dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut (mengingati) Allah."


Manusia diciptakan dengan amanah dan peranan. Rasulullah s.a.w telah menunjukkan bagaimana untuk kita melaksanakan amanah yang diberi oleh Allah s.w.t. Benar jika mempersoalkan kita tidak hidup sezaman Rasulullah s.a.w tetapi peninggalan hadith-hadith yang dikumpulkan dan dipelihara oleh para ulama menjadi panduan kepada kita.


Pernahkah kita merasa rindu kepada Rasulullah s.a.w?. Jika kita tidak pernah merasa rindu mungkin kita belum lagi mengenali Rasulullah s.a.w. Sirah baginda kita baca tetapi tidak kita hayati hingga meresap ke hati.

Di antara hak-hak Rasulullah s.a.w terhadap umatnya dan perlu kita laksana .


Pertama , melaksanakan sunnahnya beerti menjadikan baginda sebagai imam dan teladan dalam setiap ibadah , muamalah , akhlak dan lain-lain.


Kedua , mencintai baginda setelah rasa cinta kepada Allah s.w.t .


Ketiga ,selalu menetapkan hukum berdasarkan perkataan baginda ,tunduk terhadap hukumnya serta menerima semua ajaran yang tedapat dalam Alquran dan As-sunnah


Keempat, menyebarkan dakwah baginda serta membela syariatnya , agama dan sunnahnya.


Seseorang yang telah merasai kenikmatan iman pasti telah merasai kecintaan kepada Allah dan Rasullah . Di saat kematian bukan lagi perasaan takut tetapi berasa cinta untuk kematian kerana ingin menemui Rabbul A’lamin.


Mencintai Rasulullah s.a.w perlu dicari sekiranya kita belum perolehi. Terlalu banyak kitab-kitab yang telah menukilkan bagaimana ingin menyemai rasa cinta kepada baginda. Sebagai mahasiswa pengajian Islam khususnya perlu sentiasa menyedari bahawa segala yang diamalkan di dunia ini memberi kesannya di akhirat kelak . Allahu A’lam.


SALAM MAULIDUR RASUL...JOM AMAL SUNNAH



0 Responses to RINDUKAH AKU PADA RASULULLAH S.A.W ? (SEMPENA MAULIDUR RASUL)

Post a Comment

Asma ul Husna

DETIK GEMA

Logo Batch Tahun 1

Logo Batch Tahun 1

TENTANG GEMA

GEMA
Lebih dikenali sebagai Generasi Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya merupakan sebuah ruang maya bagi memaparkan perkembangan pelajar tahun satu di APIUM sesi 2009/2010.
View my complete profile

CHAT ZONE


ShoutMix chat widget

G.E.M.A's Fan Box

G.E.M.A on Facebook

Followers