Photobucket

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang...

Warkah GEMA

Posted by GEMA Tuesday, February 2, 2010


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah segala puji dan syukur pada Allah Yang Maha Esa di atas kurniaan pelbagai nikmat ke atas hamba-Nya.Selawat dan salam buat junjungan besar penghulu segala nabi Muhammad S.A.W seterusnya sekalian salafus saleh.

Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada unit GEMA atas menerbitkan kalam ini dan memberi ruang dan peluang kepada saya untuk melemparkan pandangan dan berkongsi ilmu dengan sahabat sekalian.InsyaAllah , saya akan memanfaatkan peluang ini moga-moga kita dapat melihat senario yang berlaku dalam dunia ini sekaligus kita muhasabah diri kita, wahai sahabatku.

Medan perjuangan menimba ilmu merupakan suatu cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi kerana sebagai seorang mahasiswa tidak dapat tidak memainkan peranan penting kepada diri, rakan-rakan, keluarga, masyarakat dan agama.Saban hari kita melihat pencapaian dan revolusi yang dilakukan oleh manusia hasil daripada penguasaan dan penghayatan ilmu yang dipelajari dan direalisasikan dalam kehidupan seharian sehingga ilmu-ilmu ini memberi manfaat bukan sahaja pada diri kita bahkan ianya dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada manusia.

Untuk maklumat rakan-rakan siswa dengan kewujudan laman maya ini adalah bertujuan untuk memastikan interaksi dan perhubungan antara rakan-rakan batch GEMA tahun satu sentiasa ditautkan dan dikukuhkan.InsyaAllah diperingkatkan GEMA akan mengadakan dan menganjurkan beberapa aktiviti secara bersama supaya memberi peluang kepada rakan-rakan jalankan aktiviti bersama dan disamping menambahkan ilmu pengetahuan dalam siri-siri program yang dianjurkan.Saya kira ada di kalangan rakan-rakan masih belum mengenali secara majoriti rakan lain.Dengan aktiviti yang akan dijalankan semoga ianya mendapat sokongan dan perhatian rakan-rakan untuk menyertainya.Bak kata pepatah ”berkawan biar seribu bahkan lebih pun tak pa, tetapi cinta biar satu” atau pun tak kenal maka tak cinta tak cinta maka tak faham dan sebagainya.

Jadi menjadi harapan saya kepada rakan semua agar dapat menjadikan laman maya ini untuk mudah berinteraksi dan kongsi pandangan antara satu sama lain.Dan ingatlah sahabat yang baik apabila kita berada dalam kesusahan dia berada disisi kita , ketika kita dalam kesakitan dia datang untuk membantu kita, ketika kita berada dalam keadaan maksiat atau berbuat salah dia menegur kita.Itulah salah satu daripada ciri-ciri sahabat yang perihatin terhadap kita.

Akhir kata , jagalah hubungan pertalian rakan sekalian atas nama Allah dan sama-samalah bantu sahabat kita untuk mencapai keredhaan dan rahmat Allah.Salam GEMA....



0 Responses to Warkah GEMA

Post a Comment

Asma ul Husna

DETIK GEMA

Logo Batch Tahun 1

Logo Batch Tahun 1

TENTANG GEMA

GEMA
Lebih dikenali sebagai Generasi Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya merupakan sebuah ruang maya bagi memaparkan perkembangan pelajar tahun satu di APIUM sesi 2009/2010.
View my complete profile

CHAT ZONE


ShoutMix chat widget

G.E.M.A's Fan Box

G.E.M.A on Facebook

Followers