Photobucket

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang...

CUTIMU BIAR CERIA

Posted by GEMA Wednesday, February 17, 2010


CUTIMU BIAR CERIA

Pepatah ada menyebut “jangan berlagak seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Kita sebagai insan merupakan salah satu batu binaan masyarakat. Diri kita tidak boleh di pisahkan dari mana-mana entiti masyarakat. Di mana adanya batang tubuh kita di situ ada peranan dan tanggungjawab kita.


RUTIN HARIAN

Benarkah di kalangan kita ‘student’ university mengalami masalah untuk mengisi masa lapang. Jika semasa di kampus jadual kita telah tersusun, isnin hingga jumaat berkejar dari bilik seminar ke bilik seminar dan di hujung minggu pula masa membasuh baju untuk sesi satu minggu.

Bagaimana di rumah? Segala telah tersedia dan kelas pun tiada. Rutin harian sebenarnya di bina oleh kita kerana ia membentuk tabiat dan tingkah laku.


RASA PEDULI

Merasai diri sebagai salah satu binaan masyarakat rasa peduli pasti perlu ada pada diri kita. Memperlihatkan sikap positif dalam diri merupakan perkara paling mudah untuk mengaplikasikan rasa peduli. Kerana satu individu yang baik akan member impak kepada keluarga dan masyarakat. Lebih-lebih lagi kita di golong dikalangan orang yang berpengetahuan , pastinya kita akan di nilai dan menjadi kayu ukur kepada satu masyarakat.

Rasa peduli boleh di tonjolkan dalam keluarga dan masyarakat kampung atau perumahan. Menjalinkan ukhuwwah dengan masyarakat setempat amat penting dalam menentukan nasib masyarakat masa hadapan yang baik. Kerana kita adalah generasi masa hadapan. Dengan jalinan ini, yang lemah akan di bantu dan yang senang mudah menghulur .


DIRI KITA UNTUK MANFAAT ORANG LAIN

Gelaran sebagai ‘student’ telah menggambarkan kita sebagai seorang yang berilmu dan berpengetahuan. Maka sikat kita mestilah selari dengan label pada diri kita. Imam AlGhazali menggariskan adab orang berilmu antaranya tidak mengabaikan orang yang jahil dan tidak pula meninggalkan orang jahil itu tanpa berpengetahuan. Selain itu, pengamalan sebagai mestilah berdisplin contohnya jika kamu seorang muslimin solat jemaah di masjid menjadi kewajipan bagi kamu dan jika seorang muslimat berbakti kepada ibu sehingga tidak perlu di suruh oleh ibumu untuk membantunya.

Menghadiri majlis-majlis di tempat kamu atau menghadiri kenduri-kendara boleh menjadi wasilah untuk kita untuk rapat bersama masyarakat setempat. Seterusnya , tidak malu untuk kita membantu mereka di masa hadapan.


ANAK PENYEJUK HATI KELUARGA

Qasidah ini ternukil khusus untuk Nabi Muhammad s.a.w. Bait-baitnya indah dan merupakan qasidah yang paling indah tergantung di Ka’abah :


وأبيض يستسقى الغمام بوجهه

ثمال اليتامى عصمة للأرامل

تلوز به الهلاك من ال هاشم

فهم عنده في نعمة وفواضل


Warna putih yang terpancar dari wajahnya,

Mengalahkan mendung hitan sehingga turun menjadi hujan,

Kewibawaan seorang anak yatim dan memelihara seorang ibu tunggal,

Datang kehancuran dan kerosakan yang berturut-turut telah menjauhi bani hasyim,

Mereka telah dapat banyak nikmat dan kerahmatan.


Walaupun qasidah ini dikhususkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan baginda merupakan manusia yang di lindungi Allah dalam setiap perilaku. Namun begitu, kita masih boleh mengambil pengajaran dari qasidah ini dengan memastikan kita dapat menjadi penawar hati kepada keluarga dan masyarakat sekeliling kita. Kehadiran kita menjadi penantian setiap masyarakat. Apabila pulangnya kita ke tempat masing-masing member kebahagiaan kepada masyarakat dan keluarga kerana di situ ada bakti kita kepada mereka.


TENUNG DAN FIKIR

Selamat pulang ke kampung dengan bersiap sedia berbakti kepada keluarga dan masyarakat. Ceriakan cuti kita dengan khidmat kita kepada keluarga.



0 Responses to CUTIMU BIAR CERIA

Post a Comment

Asma ul Husna

DETIK GEMA

Logo Batch Tahun 1

Logo Batch Tahun 1

TENTANG GEMA

GEMA
Lebih dikenali sebagai Generasi Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya merupakan sebuah ruang maya bagi memaparkan perkembangan pelajar tahun satu di APIUM sesi 2009/2010.
View my complete profile

CHAT ZONE


ShoutMix chat widget

G.E.M.A's Fan Box

G.E.M.A on Facebook

Followers