Photobucket

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang...

Alpakah Kita Dengan TuntutanNya?

Posted by GEMA Sunday, March 21, 2010

Seketika kedengaran, “Come on lah Ustaz, sekarang zaman moden bukan macam zaman dulu-dulu lagi. Think big, ahead and more maturelah Ustaz”


Tercetus kata-kata seorang hamba Allah dari dua bibirnya apabila ditegur Ustaz mengenai pakaiannya yang ala-ala kemodenan tetapi mencabuli hak berpakaian dalam Islam. Sabda Nabi SAW:


إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعها وحرم أشياء فلا تنتهكوها


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kita), maka jangan kamu mecerobohinya, dan telah mewajibkan bagi beberapa kewajipan dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya” (riwayat Al-Hakim)


Lupakah kita atau alpakah kita dalam hak batasan aurat yang Allah s.w.t telah gariskan? Atau di sebalik kita berpakaian itu terselindung satu niat yang hitam di hati kita? Allahuakbar, nauzubillah sahabat-sahabat.


Tidak dinafikan kiranya hal ini berpunca dari aliran modenisme Barat yang tegar mengalir di sungai-sungai pemikiran kita. Mungkin juga kita tidak sedar dan sering menganggap perkara ini adalah perkara yang kecil dan remeh. Tidak terfikirkah kita semua perkara yang termasuk dalam hak Allah dan Rasul-Nya sudah pasti tidak akan hanya melibatkan perkara yang kecil, malah ia pasti member impak yang besar kepada ketidakstabilan hidup secara umum.


Perlu diingatkan bahawa di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik mutlak untuk kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami bahawa hidup ini sentiasa terikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain. Hak yang paling utama adalah hak pencipta kita yakni Allah s.w.t. Inilah hak yang paling utama dan tertinggi, sama ada suka atau tidak sesuatu hukum yang qat’I (jelas-sedia termaktub dalam al-Quran) seperti larangan zina, riba, meninggalkan solat dan menutup aurat, TIDAK boleh dipengaruhi oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Firman Allah s.w.t mafhumnya,


“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) Pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan, dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya,. Yang demikian itu adalah tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”


Masih tidak bersyukurkah kita? Jelas di dalam ayat di atas, Allah s.w.t mengurniakan seribu satu nikmat kepada hambaNya agar dapat digunakan bagi manfaat diri kita. Islam itu mudah sahabat-sahabat dan jangan pula kita merumitkan sesuatu perkara yang Allah telah permudahkan bagi kita.


Antara adab yang perlu kita jaga tika berpakaian:

1) 1-Pakaian yang memenuhi syarat batas auratnya tidak kira sama ada lelaki atau wanita.

2) 2-Tidak berlebih-lebihan dalam berpakaian (berhias/berdandan/bersolek) terutamanya wanita, kerana bimbang akan menimbulkan penyakit di hati insan yang bergelar Adam.

3) 3-Tidak memakai pakaian yang nipis hingga boleh menampakkan aurat.

4) 4-Tidak memakai pakaian yang mempunyai gambar-gambar yang bertentangan dengan akidah.


Ingatlah sahabat-sahabat, kita sebagai umat Islam dan selagi kita menyakini bahawa setiap ajaran Islam itu benar dan menyakini bahawa Allah itu benar, maka kita akan dengan rela hati memilih dan berpakaian menurut Islam dan menjulang tinggi pakaian yang menjadi syiar dan lambang keislaman dan ketaqwaan.

0 Responses to Alpakah Kita Dengan TuntutanNya?

Post a Comment

Asma ul Husna

DETIK GEMA

Logo Batch Tahun 1

Logo Batch Tahun 1

TENTANG GEMA

GEMA
Lebih dikenali sebagai Generasi Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya merupakan sebuah ruang maya bagi memaparkan perkembangan pelajar tahun satu di APIUM sesi 2009/2010.
View my complete profile

CHAT ZONE


ShoutMix chat widget

G.E.M.A's Fan Box

G.E.M.A on Facebook

Followers