Photobucket

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang...


Assalamualaikum w.b.t,

G.E.M.A mengucapkan "Selamat Menghadapi Peperiksaan" kepada seluruh mahasiswa/wi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Mudah-mudahan anda semua dapat menjawab dengan baik di dalam peperiksaan yang bakal tiba nanti dan semoga ilmu yang dipelajari sepanjang semester tidak setakat dimuntahkan di atas kertas tetapi juga diamalkan dalam kehidupan seharian agar ianya menjadi satu manfaat yang besar di dalam hidup kita. Akhir kata dari G.E.M.A kembalikanlah segala apa yang diusahakan kepada Allah s.w.t. Semoga Berjaya dan dipermudahkan segala urusan sepanjang minggu peperiksaan ini. InsyaAllah.

~bittaufik wannajah~

Assalamualaikum w.b.t.


Sabtu 10 April 2010, satu liga futsal telah dianjurkan oleh G.E.M.A dengan kerjasama wakil fakulti APIUM saudara Mohd Syahid bin Mohd Zaini. Pertandingan ini telah bermula pada awal pagi bertempat di Gelanggang Futsal Kolej Kediaman Kelima Universiti Malaya. Di antara objektif pertandingan ini ialah, memupuk ukhuwah sejati dalam kalangan mahasiswa-mahasiswa Universiti Malaya dalam kampus dan juga luar kampus di samping memupuk semangat kerjasama dan kesungguhan dalam menggapai kemenangan dalam Liga Fitsal APIUM 10' ini. Liga Futsal ini telah disertai oleh 6 buah pasukan dari mahasiswa Universiti Malaya dalam kampus dan juga luar kampus, antaranya ialah:

Group A
1) ASIS F.C
2) ASRI F.C
3) IZUDIN F.C

GROUP B
1) RUSYDAN F.C
2) GENG F.C
3) ZULHELMI F.C


Pasukan dari ASIS FC, ASRI FC, GENG FC, dan ZULHELMI FC telah layak ke separuh akhir pada peringkat awal pertandingan dan di peringkat akhir pertandingan ASRI FC telah berjaya merebut kejuaraan Liga Futsal APIUM 10' pada sesi kali ini. Naib Johan disandang oleh ASIS FC dan tempat ketiga disandang oleh GENG FC. Pihak Jawatankusa GEMA mengucapkan tahniah dan syabas pada semua yang berjaya dan pada yang tidak berjaya jangan kecewa kerana anda masih ada peluang di masa akan datang,InsyaAllah. Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Liga Futsal APIUM 10'. Nantikan liga futsal APIUM yang akan datang!!!





"Semoga Tautan Ukhuwah Yang Terjalin Akan Kekal Selamanya di bawah Lembayung Rahmat Allah s.w.t"

~Ayuh bergerak seiring bersama menuju redha Sang Pencipta Kita~



SEMUA DIJEMPUT KE

"DIALOG ANTARA AGAMA: KESELAMATAN ANAK-ANAK DAN WANITA DARI PANDANGAN TOKOH-TOKOH AGAMA"

8 APRIL :: KHAMIS :: DEWAN KULIAH UTAMA :: AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

- Jemput hadir beramai-ramai
- Tidak kira agama apa pun anda
- Sebar-sebarkan untuk manfaat bersama

Terima kasih.


Assalamualaikum wbt

Jemputan beramai-ramai ke satu TALK di bawah tajuk:

"Secret Of Muslim Super"
Hari: Rabu

Tarikh: 7 April 2010

Masa: 9.00-11.30 p.m

Tempat: Balai Ilmu APIUM (bukan di DKU ya)


"Ayuh Generasi Muda, sama-sama kita Top-Up Ilmu!"


Assalamualaikum w.b.t.

Makluman buat semua warga APIUM satu pertandingan futsal akan diadakan pada tarikh 10 APRIL 2010 bertempat di Gelanggang Futsal Kolej 5. Pertandingan ini TERBUKA kepada semua warga APIUM dan RM 10 dikenakan bagi setiap penyertaan kumpulan (1 kumpulan 8 orang).

Ayuh sertai beramai-ramai!!!
Tarikh tutup penyertaan: 7 April 2010

p/s: Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Alipijun di talian 014-8229320

Seketika kedengaran, “Come on lah Ustaz, sekarang zaman moden bukan macam zaman dulu-dulu lagi. Think big, ahead and more maturelah Ustaz”


Tercetus kata-kata seorang hamba Allah dari dua bibirnya apabila ditegur Ustaz mengenai pakaiannya yang ala-ala kemodenan tetapi mencabuli hak berpakaian dalam Islam. Sabda Nabi SAW:


إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعها وحرم أشياء فلا تنتهكوها


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kita), maka jangan kamu mecerobohinya, dan telah mewajibkan bagi beberapa kewajipan dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya” (riwayat Al-Hakim)


Lupakah kita atau alpakah kita dalam hak batasan aurat yang Allah s.w.t telah gariskan? Atau di sebalik kita berpakaian itu terselindung satu niat yang hitam di hati kita? Allahuakbar, nauzubillah sahabat-sahabat.


Tidak dinafikan kiranya hal ini berpunca dari aliran modenisme Barat yang tegar mengalir di sungai-sungai pemikiran kita. Mungkin juga kita tidak sedar dan sering menganggap perkara ini adalah perkara yang kecil dan remeh. Tidak terfikirkah kita semua perkara yang termasuk dalam hak Allah dan Rasul-Nya sudah pasti tidak akan hanya melibatkan perkara yang kecil, malah ia pasti member impak yang besar kepada ketidakstabilan hidup secara umum.


Perlu diingatkan bahawa di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik mutlak untuk kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami bahawa hidup ini sentiasa terikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain. Hak yang paling utama adalah hak pencipta kita yakni Allah s.w.t. Inilah hak yang paling utama dan tertinggi, sama ada suka atau tidak sesuatu hukum yang qat’I (jelas-sedia termaktub dalam al-Quran) seperti larangan zina, riba, meninggalkan solat dan menutup aurat, TIDAK boleh dipengaruhi oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Firman Allah s.w.t mafhumnya,


“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) Pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan, dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya,. Yang demikian itu adalah tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”


Masih tidak bersyukurkah kita? Jelas di dalam ayat di atas, Allah s.w.t mengurniakan seribu satu nikmat kepada hambaNya agar dapat digunakan bagi manfaat diri kita. Islam itu mudah sahabat-sahabat dan jangan pula kita merumitkan sesuatu perkara yang Allah telah permudahkan bagi kita.


Antara adab yang perlu kita jaga tika berpakaian:

1) 1-Pakaian yang memenuhi syarat batas auratnya tidak kira sama ada lelaki atau wanita.

2) 2-Tidak berlebih-lebihan dalam berpakaian (berhias/berdandan/bersolek) terutamanya wanita, kerana bimbang akan menimbulkan penyakit di hati insan yang bergelar Adam.

3) 3-Tidak memakai pakaian yang nipis hingga boleh menampakkan aurat.

4) 4-Tidak memakai pakaian yang mempunyai gambar-gambar yang bertentangan dengan akidah.


Ingatlah sahabat-sahabat, kita sebagai umat Islam dan selagi kita menyakini bahawa setiap ajaran Islam itu benar dan menyakini bahawa Allah itu benar, maka kita akan dengan rela hati memilih dan berpakaian menurut Islam dan menjulang tinggi pakaian yang menjadi syiar dan lambang keislaman dan ketaqwaan.

Asma ul Husna

DETIK GEMA

Logo Batch Tahun 1

Logo Batch Tahun 1

TENTANG GEMA

GEMA
Lebih dikenali sebagai Generasi Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya merupakan sebuah ruang maya bagi memaparkan perkembangan pelajar tahun satu di APIUM sesi 2009/2010.
View my complete profile

CHAT ZONE


ShoutMix chat widget

G.E.M.A's Fan Box

G.E.M.A on Facebook

Followers